Sabtu, 13 April 2013

Diari Musaffir part 11

18 feb 2013

Harini kami x kemana pun...hhuhuhuu.... so saye ambil kesempatan untuk buat tawaf sunat.... Alhamdulillah saya dapat sentuh Makam Ibrahim...tapi masih x dapat nak ke Hajarul Aswad.... terlalu ramai orang, dan pade mase tu sye tawaf sorang2.... Mummy x larat, die solat je dekat masjid.... lepas solat sunat tu sye pergi cari mummy n daddy....tp jumpe daddy jer.... tapi kawan2 jgn risau... di sini insyaAllah jumpa.... kami selalu jadikan menara jam tu sebagai panduan....huhuhu.... 


19 feb 2013

Harini saye n mummy bertekad nak buat tawaf sunat bersama.... tapi apa kan daya, dh takdir yang Maha Esa... sye x boleh masuk masjid (women only).... uhuhuhu...so sye tunggu lah mummy dekat luar masjid.... mummy buat tawaf sunat sorang2...huhuhu...cian mummy.... sementara menunggu tu saye jlan2 lah sorang2 dalam zam2 tower.... 

Lepas zohor kami dibawa menziarahi ladang unta, masjid Hudaibiyah dan muzium

1. Ladang unta

huhuhuhu.... bnyknye encik unta di sini....hihihihi..... mule2 takut nak pegang... tapi bile mummy kate mcm pegang kucing jer cepat2 sye pegang....
Mummy kate, bile tengok unte nie teringat dekat adik2 di rumah....hihihihi....

Kami pergi ziarah ni dengan lagi satu group lain yg mane group nie ramai orang mude.... hahaha.... lepas tu ustaz pergi cakap plak dekat diorang yg sye ni mcm NAJWA LATIF..... Ustaz.... huish.... hihihihi... malu2.... 

Dekat sini ada jual susu unta and air kencing unta

susu unte 5 riyal.... air kencing 20 riyal.... confius sye sebab air kencing yg x yah perah.... tadah jer lagi mahal dari susu..... ustaz kate air kencing nie ade bnyk mnfaat..... guest what... daddy beli air kencing tu.... hahaha.... die yg nk try test....hihihihi

Mule2 takut jgak nk mnum susu unta nie.... yelah x pernah minum... bile mummy minum n cakap rase macam DUTCH LADY.... sye minum lah sikit2... eh sedap lah..... hihihihi.... apa lagi...habis sebotol...hihihihi....
Oh ye...sebelum naik bas, unta nie mcm x nak bagi saya balik, sebab gigit tudung saye....huhuhuhu.....

Ladang unta

ni lah ustaz shauqi ... yang membimbing dan menjaga kami sekeluarga dalam kembara musafir di jalan Allah 
 2. Hudaibiyah

Di sinilah suatu perjanjian di antara Rasulullah S.A.W. dengan Musyrikin Makkah. Cerita ini bermula apabila Rasulullah S.A.W. ingin berumrah  dan berziarah ke Makkah. Khabar ini kemudiannya diketahui oleh orang-orang kafir Makkah dan mereka merangcang untuk menghalang perjalanan Rasulullah di suatu tempat bernama Hudaibiyyah. Namun demi kebaikan penduduk Makkah, Rasulullah tidak mahu terjadinya peperangan. Walaupun para sahabat telah bersedia untuk berperang, Nabi tetap mengadakan perjanjian dan menerima baik syarat-syarat yang mereka nyatakan. Hakikatnya para sahabat amat tertekan dengan perjanjian itu termasuklah Umar al-Khattab yang terkenal sebagai seorang yang gagah dan berani. Namun mereka akur dengan perjanjian yang dilihat tidak menguntungkan umat Islam ketika itu. 

Kandungan Perjanjian Hudaibiyah :

Genjatan Senjata 10 Tahun :
  • Mereka bersetuju untuk berdamai tanpa melibatkan sebarang peperangan selama 10 tahun.Dalam tempoh tersebut mereka tidak boleh bermusuhan.
Musyrikin Makkah Menganut Islam Mesti Dihantar Balik :
  • Sesiapa di antara orang Musyrikin Quraisy yang menganuti agama Islam tanpa izin walinya iaitu ibu bapa atau penjaganya hendaklah dikembalikan kepada kaum keluarganya atau kembali kepada agama asalnya.
Orang Islam Memihak Kepada Musyrikin Tidak Perlu Dihantar Balik :
  • Pihak Musyrikin tidak perlu mengembalikan semula andainya terdapat di kalangan umat Islam yang memihak kepada golongan Musyrikin atau menganut agama lain.
Suku/Kabilah Arab Bebas Meyokong Islam Atau Musyrikin :
  • Setiap orang tahu kabilah bebas sama ada hendak menyokong kaum Musyrikin Makkah atau pihak Islam.
Ibadat Umrah Boleh Dilakukan Tahun Berikutnya :
  • Umrah bagi umat islam pada tahun 628 Masihi itu ditangguhkan ke tahun  hadapannya dengan syarat tidak membawa senjata dan hanya dibenarkan tinggal  di Makkah tidak lebih daripada tiga hari.


Ini bekas tapak masjid Hudaibiyah

3. Muzium

Disini diletakkan sejarah2, artifah2, gambar2, dan barang-barang dari masjidil Haram....

Sampai2 jer, kami di sapa oleh seekor kucing....hihihi.... macam adik....

Kucing jadi guard dekat muzium.... kucing nie manje.... macam ADIK
 Inilah rupanya apabila siap kerja-kerja peluasan kawasan Masjidil Haram.... Insya Allah selesa untuk jemaah haji nanti..... tapi x taulah bile siap.... dengar2 macam 2015 atau 2020.... huhuhu.... mase dh siap nanti sye nak gi lagi lah.... nk merase masjid yg suci ini lagi...hihihi..... InsyaAllah....
Inilah rupe masjidil Al Haram akan datang...untuk menampung  jumlah jemaah haji yg semakin bertambah


Makam Ibrahim


Multazam

Daddy dengan due bradik Danish n Darwish

inilah muzium

Kemudian kami pulang ke hotel....hihihihi....Mummy dh start sakit tekak.... hihihihi.... saye Alhamdulillah....

Malam tu daddy trylah minum air kencing unte tu...huhuhu.... x sampai suku cawan pun die minum.... sambil tutup hidung lagi...hihihi...hancing....hihihihi....die kate x sedap....huhuhuhu



Tiada ulasan:

Catat Ulasan