Alhamdulillah.... kami selesai menjalankan ibadat Umrah Wajib kami ..... semoga ianya diterima oleh Yang Maha Esa....amin.....
Harini kami x kemane..... hanya beribadat dan jaln2 di sekitar kota Makkah
| 704..... ini jubah 30 riyal yg sye ckap tu...huhuhu |
| bilik kami di Makkah |
16 Feb 2013
Harini ustaz nak bawak kami pergi ziarah ke Jabal Rahmah, Melihat tempat2 jemaah haji beribadat seperti Mina dan Muzdaliffah
1. Jabal rahmah...
| Jabal Rahmah |
Menurut cerita Ustaz, Siti Hawa diturunkan di Jeddah dan Nabi Adam.... sye kurang pastilah x ingat.... betulkan kalau tersilap ye.... rasenye di India macam tu.....
Selain itu, di sini juga merupakan sebahagian daripada padang Arafah.... yang mana pada musim haji.... Jemaah akan wukuf di sini dan berdoa.... InsyaAllah dimakbulkan doa-doa tersebut....amin.....
| Group member |
| Makcik telekung putih nie sangat kuat.... respect |
2. Jabal Thur...
Mari kita menyingkap Sirah Baginda Rasulullah S.A.W.
Di Jabal thur inilah di mana terdapatnya Gua Thur yang telah menjadi tempat persembunyian Rasulullah S.A.W. bersama sama dengan sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar semasa peristiwa Hijarah Baginda dari Makkah ke Madinah....
Pada malam 26 Safar 1 Hijrah, Baginda Rasulullah S.A.W. bersama-sama Saidina Abu Bakar telah meinggalkan rumah baginda untuk berhijrah ke Madinah. Sebelum meninggalkan rumah, Baginda S.A.W. telah meminta Saidina Ali Bin Abi Talib dengan izin Allah untuk menggantikan baginda tidur diatas katil baginda.
Kemudian, Nabi Muhammad S.A.W. membaca Surah Yaasin sebelum meninggalkan rumah, dalam pada itu para pemuda Qurasy yang sedang mengawal rumah Nabi telah tertidur nyenyak beramai-ramai atas kuasa Allah. Menjelang larut malam, Rasulullah SAW keluar tanpa pengetahuan pemuda Quraisy. Bersama-sama dengan Abu Bakar baginda bertolak ke arah selatan menuju ke Gua Thur. Sesampai ke pintu gua, Saidina Abu Bakar akan memasuki dahulu pintu gua, beliau akan memastikan tiada kelibat ular, kala jengking, dan lain-lain binatang atau duri bahaya didalam gua.
Sesudah dipastikan tiada binatang dan anasir bahaya, barulah Nabi memasuki gua. Dalam perjalanan malam itu, mereka berdua juga ditemani oleh Abdullah bin Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). Pada waktu siang hari keesokannya, Abdullah telah meninggalkan mereka dan kembali ke Makkah untuk melihat keadaan di kota Makkah serta mengkhabarkan berita dari Makkah kepada Nabi.
Pada malam seterusnya Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar telah tidur dalam gua, Nabi telah membaringkan kepalanya diatas peha Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar membiarkan Nabi tidur diatas peha tidak meggerakkan kakinya sedikitpun kerana beliau tidak mahu mengganggu Nabi tidur.
Tiba-tiba tapak kaki Saidina Abu Bakar yang dikujurkan itu telah dipatuk oleh ular berbisa. Dalam menahan kesakitan dan kepedihan yang amat atas patukan Saidina Abu Bakar telah menitiskan air matanya, airmatanya telah menitis jatuh ke pipi Rasulullah, lalu membuatkan Rasulullah terjaga dari tidur.
Melihat Saidina Abu Bakar menangis, Rasulullah terus bertanya mengapa beliau menangis, Saidina Abu Bakar memberitahu bahawa kakinya telah dipatuk ular sehingga beliau tidak dapat menahan kesakitan akibat patukan itu. Mendengar jawapan itu, Rasululah terus meludahi kesan patukan dan mengusapnya, maka secara langsung kesan patukan hilang serta-merta dan tiada lagi rasa sakit. Kerana mukjizat Rasul suci itu mereka berdua bersyukur atas rahmat Allah.
| Bukit Thur... |
| ni lah van ice-cream... sini ada jual air kotak 1 riyal yg sangat sedap |
Alhamdulillah.... diizinkan oleh Allah S.W.T. untuk kami melawat tempat2 yang sejarah.... Semoga kami dipanggil lagi ke sini Amin.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan